Muhammad Ali Imran

Assalamualaikum

Salam Sejahtera & selamat pagi

Berpantang hari ke-26 hari ini. Alhamdulillah walaupon berpantang dengan anak 4 orang termasuk si kecil Ali, masih dalam mood berpantang. 

Walaupon niatnya mmg nak berpantang dengan betul2 tapi atlast cheat juga sikit2 sebabnya duk rumah sendiri, nak harap siapakan buat kerja rumah seperti cuci baju,lipat baju, gosok baju, sidai kain, cuci pinggan, sapu sampah, mandi anak dan semua laa. ikut hati nak biar je habis tu tahan ke mata nak duk dalam semak samun..? hihi..

Sebenarnya, syukur sangat2 dengan kelahiran Ali Imran. Imam yang sorang ni. Rasanya dah boleh bersara bersalin sat. umur pon dah 32tahun..eh ke 33 eh? lepas ni nak fokus perkembangan anak-anak. nak boleh diorang belajar sungguh2.. nak ada rumah sendiri pula. kalau ada rezeki lebih boleh beli kereta yg lebih selesa. bila dah ada landed house kalau boleh nak jaga mak sampai akhir hayat dia. nak balas semua jasa dia. walaupon mungkin mak dah tak berapa sihat, nak doa sangat2 Allah bagi peluang keemasan dan kelapangan untuk berbakti pada beliau..semoga dimakbulkan hajat yang satu ini berkat bulan Ramadhan 2017.

gambar Ali Imran..? biarlah rahsia.. eh ada tu nanti saya upload ok..
gelap sikit hero saya ni sebab mak ayah gelap kan.. ntahla maybe sebab duk lama bawah lampu biru yg phototeraphy tu.. nak ikut sejarah akak2 dia.. dia sorang je yg kuning tinggi.. kalau tgok Si Siti Emalin Sakinah tu, hari ke-3 baru 120 pastu esoknya kuning dah turun. ntah la maybe sebab pemakanan tapi orang kata sebab saya darah O dan Ali pula darah B. Makanya darah yg berbeza menyebabkan pertumbuhan darah merah ada sedikit kecelaruan di situ makanya paras bilirubin dalam darah Ali sukar nak dikeluarkan..ntah la..

oklah, untung boleh update blog hari iini. owh ya, Ali lahir 24.05.2017 (Rabu) jam 4.45pagi.Rasanya dia paling lama duk dalam labour room sebab kul 1pg mcm tu dah buka 4cm then tolak masuk labour room. saya kononnya nak beranak secara natural la duk tahan tanak push awal.. last2 ha amik.. 3-4 jam gak tunggu sakit nak beranak. hihi rugi je p menyerah diri awai. tapi kali ni mmg en suami kesian sungguh kena angkut semua anak 3-3 org joint melangut depan labour room. tadak sapa nak tolong jaga depa. Rasaya tamau dah beranak lagi tapi taktahu la kuasa Allah kan nak bagi rezeki lebih lagi nanti..

Akhir sekali, kepada pembaca yg mencari susu kambing,
boleh klik http://gg.gg/sususunnah 
atau wasap www.wasap.my/+60162784272
boleh juga COD sekitar penang secara percuma

bantu saya menyebarkan kebaikan susu kambing kepada semua umat Islam
sambil2 tu boleh menjana income. siapa yang berminat nak jana income sampingan juga boleh contact no wasap saya. saya ajarkan bagaimana menjadi stokis/agen/dropshipper tanpa sebarang modal :)

No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.