SARAPAN PAGI MAMPU BUAT ANAK BIJAK


Bismillah..
Adakah anak anda selalu meragam apabila di suruh sarapan pagi? Oleh kerana si kecil buat perangai maka anda juga malas hendak melayan kerenahnya maka sudahnya tiadalah sarapan pagi untuk anak.




Sebelum anda juga ‘naik angin’ dengan karenah anak di waktu pagi, lebih baik baca fakta tentang kebaikan sarapan pagi kepada anak terutama yang sudah bersekolah. Lebih menarik sarapan pagi mesti diambil sebelum jam 9 pagi.




Tak sempat sediakan sarapan? Tak perlu masak nasi goreng, nasi lemak atau mee goreng, cukup sediakan si kecil hidangan roti bakar, buah atau bijirin dan susu.

Selain itu, di sini disertakan resepi untuk membuat kuih ketayap dengan ringkas.

Kuih Ketayap
Masa:Penyediaan: 20 | Memasak: 20 | Keseluruhan: 40 minutes

Jumlah Hidangan : 12

Bahan-Bahan:Bahan untuk inti:
1/2 biji kelapa parut
1/4 cawan gula melaka
1/4 cawan gula pasir
2-3 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garamBahan untuk kulit:
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan sederhana cair, anggaran dari 1/3 biji kelapa
1 biji telur
4-5 helai daun pandan
1 sudu kecil garam
2-3 titik pewarna hijau (optional)

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk inti:
  1. Masukkan kelapa parut, air, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan di dalam kuali.
  2. Masak di atas api yg perlahan, kacau sehingga sebati dan sedikit kering. Sejukkan.Cara-cara untuk kulit:
  3. Kisar 1/3 biji kelapa parut bersama daun pandan, dengan anggaran air supaya menghasilkan 2 cawan santan. Perah dan tapis.
  4. Bancuh santan bersama tepung gandum, garam, telur dan beberapa titik perwarna jika mahu, supaya kulit menjadi lebih hijau. Kacau sebati menggunakan whisk dan kemudian tapis supaya tiada ketulan. Bancuhan tepung sepatutnya menjadi sedikit cair.
  5. Panaskan kuali yg di griskan dengan sedikit minyak. Tuang satu senduk bancuhan tepung dan ratakan dengan memusingkan kuali ke kiri dan ke kanan supaya mendapat bentuk bulat. Ratakan bahagian atas menggunakan sudip jika perlu. Anggran 3-4 minit di atas kuali.
  6. Angkat dan gulung bersama inti yg sudah disejukkan.

Sumber : http://www.i-sunnah.com/sarapan-pagi-mampu-buat-anak-bijak/

No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.