Salam Ramadhan al-Mubarak

ENAM STRATEGIK PUJUK ANAK BERPUASA 

Assalamualaikum..


Kedatangan Ramadan memang dinantikan. Ia dirai dengan penuh kesyukuran. Anak-anak kecil tidak terkecuali turut tempias merasakan keseronokan menyambut bulan Ramadan penuh keberkatan. Walaupun mereka masih tidak mengerti apa-apa tetapi mereka gembira menyambutnya.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak berusia enam tahun ke atas, sudah tentu mengambil peluang mendidik si anak untuk mengenal erti berpuasa. Sememangnya didikan awal ini sangat digalakkan agar jiwa muda mereka terdidik mengerjakan rukun Islam ke-3.

Sebenarnya menurut hukum Islam, kanak-kanak belum baligh tidak diwajibkan untuk berpuasa. Tetapi tidak salah untuk mendidik mereka belajar berpuasa namun bukan dengan cara paksaan sehingga memudaratkan kesihatan anak.

Bagaimanapun bukan mudah mendidik si kecil berpuasa. Awalnya mereka bersemangat hendak berpuasa walaupun tidak dipaksa. Tetapi tak sampai separuh hari, asyik merengek meminta seteguk minuman.

Beberapa strategi tersebut mungkin boleh membantu anda dalam usaha mendidik si manja untuk berpuasa.

1. Puasa berperingkat

Bagi anak yang baharu belajar berpuasa, anda boleh benarkan mereka berpuasa secara berperingkat. Misalnya minggu pertama, berpuasa sehingga pukul 10 pagi dan seterusnya mengikut ketahanan mereka sendiri sehingga minggu terakhir berpuasa sampai waktu berbuka.

2. Sabar

Selain daripada memberi sokongan, papa dan mama juga mesti bersabar menghadapi karenah si manja. Jangan cepat marah atau memaksanya jika dia mengadu lapar atau dahaga. Jika anak sudah mengadu tidak tahan, berikan sahaja mereka makan dan minum.

Kemudian suruh mereka sambung berpuasa semula. Bukankah anda hendak mendidik mereka, maka itulah cara terbaik. Jika memaksa hingga anak lembik dan tidak boleh bangun, takut-takut memudaratkan pula kesihatan mereka.

3. Cerita tentang puasa

Sentiasa bercerita tentang apa itu erti puasa, fadilat berpuasa dan mengapa setiap orang Islam diwajibkan berpuasa. Walaupun anak masih kecil dan belum mengerti tetapi sedikit sebanyak dia dapat gambaran awal dan akan menyimpan maklumat tersebut dalam kotak memorinya.

4. Buat aktiviti

Melakukan aktiviti yang boleh melekakan si kecil dapat membantu mengalih tumpuannya daripada lapar dan dahaga. Anda boleh mengajaknya membantu menyediakan juadah berbuka puasa, mengaji al-Quran, bermain komputer atau membaca buku cerita atau apa sahaja aktiviti yang digemarinya.

5. Sediakan makanan kegemaran

Menyediakan makanan kegemaran anak anda untuk berbuka puasa secara tidak langsung mendorongnya untuk terus berpuasa. Mungkin dengan bertanya apa yang dia inginkan untuk berbuka puasa dapat membuatkan anak rasa dihargai dan seronok untuk berpuasa.

6. Berikan ganjaran

Lumrah kanak-kanak sememangnya gemar kepada sebarang hadiah atau ganjaran.Tak salah memberikan mereka ganjaran sekiranya berjaya menamatkan puasa sehari tanpa sebarang masalah. Tidak semestinya memberikan ganjaran wang ringgit atau hadiah yang mahal, mungkin membenarkan mereka menonton rancangan kartun kegemaran atau membelikan sebuah buku yang digemari sudah cukup menggembirakan si anak.


KREDIT : PA&MA

http://gg.gg/sususunnah
siti rohayah
0162784272 

No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.