Cabaran Guru Serba boleh...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alkisahnya...

Saya adalah salah seorang insan terpilih untuk menjalankan p&p semasa pelancaran bilik MMC di SMK Convent Pulau Tikus.. Why me?? sebab saya orangnya yang selalu guna projektor LCD kat sekolah.. huwwaa... why me?? sebab saya sangat bernasib baik... rasa nak mati...

Buat masa nih kena buat persediaan mental dulu.. so mari kita cari bahan...

key points dia.. SILA kaitkan pembelajaran abad ke 21 dalam PdP anda.. gunakan peta I-Think dan komputer.. pastikan pembelajaran berpusatkan pelajar..aktiviti mesti menarik.. huwwaa rasa nak pengsan ooiii...

Setelah saya godek2 google, saya dapat ini dari sumber : http://www.cikguhailmi.com/2015/04/ukur-kefahaman-pelajar-dalam-kelas-guna-sistem-warna-traffic-light.html

Ukur Kefahaman Pelajar Guna Sistem Kad Trafik Light

Selasa, April 28, 2015 Hal Guru, Idea P&P Sains, Kreatif 5 comments


Idea ini saya ambil daripada yang seorang guru yang menggunakan gelaran Sepatu Putih bagi akaun Facebooknya dalam Cikgu Sains Kreatif. Menggunakan pendekatan pembelajaran abad 21, maka terhasil lah Sistem kad atau sistem warna yang menggunakan warna hijau, kuning dan merah. Ini adalah antara cara mudah bagi mendapatkan respon pelajar tentang kefahaman terhadap topik yang diajar. Ada kelainan.




Cara penggunaan nya adalah setiap pelajar diberi 1 set kad yang terdiri daripada warna hijau, merah dan kuning. Warna warna ini mempunyai maksud yang tersendiri. Warna hijau bermaksud pelajar sudah faham mengenai objektif pembelajaran pada hari tersebut. Warna kuning adalah pelajar masih keliru dengan pembelajaran. Dan warna merah bermaksud pelajar tersebut langsung tak faham dengan pembelajaran pada hari tersebut.




Maka semasa sesi penilaian, jika ramai pelajar yang mengangkat warna hijau, guru akan terus fokus kepada pelajar yang masih kurang faham, iaitu yang mengangkat warna merah dan kuning. Tetapi jika ramai pelajar yang mengangkat warna kuning bermaksud guru perlu mengulangi semula pengajaran. Penyoalan boleh dipelbagaikan dan juga direndahkan sedikit arasnya bagi membantu pelajar membuat kefahaman mereka masing-masing.




Antara perkara lain yang perlu dipertimbangkan jika anda berminat untuk mempraktikkan sistem traffic light ini di dalam kelas, adalah penilaian bagi pelajar kelas hujung. Kadang-kadang mereka sendiri pun tak pasti penilaian apa yang sepatutnya. Kemungkinan untuk mereka berpakat ramai-ramai mengangkat warna hijau tentulah ada. Kerana takut disoal semula oleh guru! ;)



Sebagai penambahbaikan, ada rakan guru yang mencadangkan diletakkan emoticon senyum bagi hijau, sedih untuk merah dan confuse untuk kuning. Sedikit perkataan yang merangsang dan memotivasikan pelajar juga dapat diletakkan bagi meningkatkan keyakinan pelajar. Jangan lupa laminate untuk digunakan bagi tempoh yang lebih panjang. Selamat mencuba!

Semoga bermanfaat. Jom kongsi idea bagaimana anda menjalankan pdp di sekolah anda.. pdp utk pembelajaran alaf 21...

Siti Rohayah
+60162784272
sitirohayah11@gmai.com

No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.