SMK CONVENT PULAU TIKUS

ASSAlamualaikum dan salam sejahtera..


Alhamdulillah.. semakin serasi dengan sekolah baru... walaupon jauh di tengah kota.. Namun mudah untuk membiasakan diri dengan suasana baru.. peace..

Pertama kali jejak di sini semasa lapor diri bulan dis (19.12.2014) kalau tak silap untuk hadir ke mesyuarat guru kali pertama pada 29.12.2014 (Isnin)

Sekolah baru kena ajar subjek KH ERT n Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan sahaja. Sangat bahagia tengok jadual waktu :) Berbanding tahun lepas kena ajar subjek Matematik tingkatan 4, Sains tingkatan 4 dan sains tingkatan 1. Syukur alhamdulillah diberi subjek option

dalam hati nak duduk sini (smk CPT) lama2 tapi tengok la kalau dapat rezeki berpindah di seberang lebih baik :) sebabnya jenuh gak nak seberang jambatan hari2. lebih2 lagi sekarang musim pana. fuh~ dengan jalan jamm, masa perjalanan pergi balik 1 jam sehala, kos minyak dan tol jambatan. walaupon kami suami isteri ke tempat kerja bersama, tapi balik rumah masing2 dah letih mengharungi perjalanan yang jauh. Tapi kerja rumah masih nak jenguk juga. 
Jadi isteri, ibu  bekerja nih macam2 nak kena fikir, kadang2 tuh rasa penat sgt tapi..itulah kehidupan. nak tak nak kena harung juga. so think positive. Kalau rasa susah, amik ikhtibar orang yang lebih susah. contohnya kerani sekolah, mereka pon kerja 8-5, balik pon nak tengok anak2.. gaji yg sederhana pon perlu jimat2 nak byr itu ini.. jad please, bersyukur. 

bila fikir nak balik Melaka dr Penang.. Menitis air mata, mmg kena ikat perut tapi org lain mana faham.. huhu jgn fikir org ok kekeke.. jimat2 la selagi boleh. Ada kawan tanya, akak jarang makan kat kantin eh, (dalam hati, dik ko tak tau akak baru anak 3 tapi belanja rumah mcm anak 10) huhu.. zaman sekarang, dengan pampers anak, susu anak, barang dapur, minyak n tol, sewa rumah, duit pengasuh.. duit kereta.. tengok2 duit gaji dh abis. nak beli baju baru pon pikir anak ada duit nak mkn ke tak.. alahai.. tu nasib baik ko kerja cikgu, kalau kerja .... huhuuu
 

No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.