Alhamdulillah..pertukaran diLULUSkan :)

Assalamualaikum..dan salam sejahtera..


Alhamdulillah.. hari ini ada sedikit masa untuk menulis..

Banyak yang saya nak tulis sebenarnya, namun kesuntukan masa.. iya ke? Syukurlah saya diberikan kekuatan oleh Allah SWT selama ini untuk menjaga ketiga-tiga anak saya sendiri kerana suami yang kerja nun di Pulau Pinang (Saya mengajar di Temerloh ya) 

Sebaik sahaja Eg-Tukar untuk guru-guru dibuka kalau tak silap saya 1 Oktober 2014 yang lalu, saya dengan nekad memohon pertukaran. Sebenarnya saya sudah boleh menyesuaikan diri di tempat baru tapi kekangan membawa anak2 keluar berjalan, membeli belah aau ke hospital membuatkan saya nekad untuk berpindah. Suami yang tinggal jauh juga seperti terabai sahaja. Makan sendiri, urus pakai sendiri, kalau sakit demam semua sendiri. Kesunyian tu tak payah cerita lah. seorang diri di rumah. Saya perlu membawa semua anak2 ke Temerloh supaya mereka tidak terpisah. Sudahlah terpisah dengan mak ayah, tak akan sampai hati saya nak pisahkan mereka adik beradik. Namun demikian, jauh di sudut hati saya, saya sangat bersyukur. Dikurniakan rezeki yang begitu luas. Allah perkenankan doa kami sekeluarga. Permohonan pertukaran saya diLULUSkan dan dapat pulang ke PULAU PINANG walaupon usia saya posting hanyalah setahun. 

Ramai sebenarnya guru-gur yang PJJ atau terpisah dengan keluarga masing-masing. Ada yang hampir 10 tahun masi tidak dapat bertukar. Saya sangat bersyukur dengan rahmat ALLAH. SWT kepada kami sekeluarga. Saya lihat, amalan bersedekah adalah amalan yang sangat baik untuk saya. Saya amalkan beri makan kucing yang datang menumpang di rumah seiap hari. Bukan nak riak, tapi cubalah amalkan bersedekah walau sedikit. Macam kami, duit memang x pernah cukup. Bayangkan saya hantar 3 org anak ke pengasuh. Anak yang pertama ke PASTI yg yuran sahaja rm100 sebulan. Bayaran ansuran kereta, rumah sewa, susu pampers anak, tambang ulang alik Pulau Pinang - Temerloh. Kadang-kadang saya terfikir, lebih baik tak payah kerja, jaga anak sendiri, semua kos boleh 'cut' tapi saya serahkan semuanya kepada ALLAH SWT. Alhamdulillah, semuanya cukup seadanya. Inilah yang saya kata bantuan dari ALLAH SWT. 

Di Temerloh, saya jumpa pengasuh yg sangat baik iaitu mak kepada anak murid saya sendiri. Ya Allah, walaupon baru kenal 2 bulan yang lepas, syukur sangat.. baik org nya.. sebelum ini hantar anak-anak ke Nursery untuk yg no 2 dan 3. Yang pertama saya hantar PASTI dan tghari pukul 12 balik pakcik van akan hantar ke sekolah. Jadinya dia akan stay dengan saya selama 3 jam di sekolah. nasib saya agak baik kerana saya mengajar Kemahiran Hidup maka di sekolah saya duduk di bilik KH yg agak selesa untuk anak saya tinggal bersama. Jika ada kelas, rakan2 guru akan membantu menjaga atau melihat2 anak saya. Tapi kanak-kanak.. sangat kesian, kadang2 sampai tertidur dan mengigau2 tunggu mak nya habis kelas. saya terpaksa buat begitu sebab dia mmg tak mahu ke nursery selepas balik sekolah. dia lebih rela tinggal dengan saya di sekolah. 

Apabila ada lebihan guru KH, saya telah ditukarkan subjek mengajar kerana perlu membantu guru matapelajaran lain. maka dengan Izin Allah, saya dapat mengajar Matematik 4SN dan saya dipertemukan dengan anak pengasuh anak saya sekarang. Syukur Alhamdulillah. Saya bukan jenis ibu yang terlalu cerewet tapi apabila saya lihat keadaan anak saya no2 & no3 tidak terurus di Nursery, saya sangat susah hati. Jadi apabila niat saya ingin bertukar tempat asuhan anak2 diperkenankan ALLAH SWT, saya sangat bersyukur. kasih sayang ALLAH SWT pada saya amat besar. Anak2 saya juga sangat mudah dijaga, jarang sangat demam atau ditimpa sakit teruk. Alhamdulillah :)

ok la nak cerita dapat tukar je.. nih nak siapkan folio PPGB lak. pegawai nak datang semak. Huwwwaaa 

No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.