Sekolah Posting - SMK Paya Pulai

Assalamualaikum... dan salam sejahtera...

Alhamdulillah.. setelah menunggu dengan penuh debar.. penuh dugaan dan kesabaran... dapat jua penempatan..

Semasa interview hari tuh, ada isi negeri untuk 'posting' jadi dengan penuh konfiden mengisi negeri Pulau Pinang dan Kedah sebagai pilihan. Namun demikian, takdirnya.. Aku telah ditempatkan ke Pahang...

SMK Paya Pulai, Temerloh ini memang memerlukan guru dari opsyen ERT. Namun demikian, memang sekolah ini telah terlebih guru seramai 4 orang. Jadinya jadual waktu untuk aku masih tidak dapat disediakan walaupon pengetua memang nak aku ajar ERT. Aku.? Tak kisah pon ajar apa asalkan jgn ajar BM, BI dan Agama Islam :)

Hanya Allah je tahu perasaan aku apabila mengetahui ditempatkan di Pahang. Sebuah negeri yang memang tidak pernah terfikir di kotak fikiran ini untuk berkhidmat. Mula-mula fikir anak-anak, kemudian fikir pula suami yg kerja di Pulau Pinang, tambahan pula tengah sarat mengandung 7 bulan.. Ya Allah, besar juga dugaan ini, tapi apakan daya, demi sesuap nasi.. Kuatkan hati. Biarlah kolam air mata nih sentiasa penuh tetap kena terima dengan hati terbuka. 

No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.