Selamat Hari Raya

Assalamualaikum wbt..

Alahai tajuk..

Dah habis raya baru nak update ini blog.. hihi..

Sebenarnya raya tahun 2013 nih amatlah rushing dibuatnya.. Walhal en Suami siap amik cuti lagi tahun ini (sebenarnya dia jarang dapat bercuti raya disebabkan jadual kerja shiftnya dan memberi laluan kepada rakan2 lain juga) 
 
Kami merancang nak balik Melaka pada mulanya sebab memang lah tahun ini turn balik Melaka.. tapi disebabkan masa yang tidak mengizinkan.. kami balik Jitra dulu.. balik pon mlm raya sampai umah mak mertua jam 3 pagi.. huhu sedeh lagi menyedihkan.. Pagi2 beraya ngan mereka sekeluarga sebelah suami.. petang dalam kul 4-5 dah berangkat balik Melaka.. bayangkan? penat semalam x habis lagi.. dah kena gerak jalan ke destinasi seterusnnya..

Hal ini terjadi kerana :
1- menyiapkan tempahan cheese tart adik ipar ku dan kawan2nya sebanyak 150pcs.. nampak macam sikit tapi nak siapkan cheese tart last minit nih memang berpeluh la jawabnya. Kan nak masak dia 2x.. dengan anak2 kecik keliling kuih tart x kira lagi.. si Auni yang sibuk nak menolong mamanya ini.. alahai anak..

2- cuti suami yang singkat (4hari) dan untuk mengelakkan jam.. kami terpaksa balik dalam keadaan tergesa-gesa.. sebenarnya kami juga tiada budget untuk hari raya ini memandangkan aku tidak bekerja (baru je abis dpli) dengan duit kereta 2 bulan tak bayar.. bil2 lain x payah cerita lah.. jadinya persiapan raya kami juga sgt lah berpada-pada.. sampaikan nak belikan kuih raya apatahn lagi nak buat kuih raya pon xda budget? hukhukhuk... harap makan kuih raya rumah orang ja la.. (tuh yang malu nak balik kg awal2)
 
Tetapi kerana kasih sayang seorang suami yang ingin melihat bini dia nih beraya gak, dibelikan juga baru raya 2 pasang sebelum hari raya, hihi 2 pasang tuh.. dan mungkin dah rezeki kat Jakel malam raya tuh ada buat penghabisan stok.. dapat la sepasang baju rm40++ dan satu lg rm 100 sebelum diskaun.. syukurlah.. 

Duit raya untuk disedekahkan pada anak2 sedara pon hanya pada duit yang ditukar ditangan sahaja (rm20-30) ja masa tuh.. anak-anak pon tiadak ada duit raya tahun nih.. maafya sayang.. nanti mama dan abah bagi tahun depan jika kami mampu.. 

Mujurlah balik Melaka, sampai pon dah nak pagi hari raya ke-dua.. beraya bersama mak.. mak ada tukar duit raya.. dan duit lah yang disedekahkan pada anak-anak sedara.. syukurlah.. sempat gak memasak sedikit untuk menu tetamu yang datang hari raya-2 & 3 dah balik.. 

Sebenarnya ada kisah sedih masa raya nih.. tapi x perlulah nak cerita kat sini sebab semua orang akan baca.. buat malu aje kan? tapi akan ku ingatlah kenangan pahit itu.. inilah pahit manis kehidupan kami sekeluarga.. hihi.. apabila susah, kadang-kadang orang yang tak tahu kesusahan itu akan pandang kita lebih hina.. tapi pada aku.. itu semua dugaan kecil je dr Allah.. dunia nih bulat.. InsyaAllah, dengan kasih sayang Allah, suatu hari nanti akan terasa juga kemanisan di sebalik kepahitan itu.. hihi :P

feeling sedih lak menaip petang yang mendung nih.. sahaja tuliskan ikhtibar yang berlaku.. semoga menjadi pengajaran pada diri aku suatu masa nanti.. hihi 

Salam sayang..

No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.