kereta pancit

Assalamualaikum wbt...


Kali pertama kereta pancit sejak 5 tahun guna.. pancit yang disebabkan paku.. Kami kat kedai makan di Sedap Malam Sungai Petani masa kejadian. Nasib baik dah sudah makan, ada seorang pemuda nih menegur kereta kami yang telah pancit tayar belakang.. 




Alkisahnya, petang kejadian kami ke Sungai Petani untuk membeli stok ikan bilis dan ikan masin.. Jalan nak ke muara atau kuala tersebut agak teruk.. mungkin mereka ingin memperbesarkan jalan atau membuat bangunan baru dia sepanjang jalan.. jadinya secara tidak sengaja .. mungkin masa nak balik tu kereta yang kami naiki terkena paku tersebut.. 

Ketika sampai di pekan SP, rasanya kereta masih ok.. sempat lah kami singgah untuk tapau pizza Dominos :)


dan selepas menunggu pak tam budak2 nih (yg janji nak belanja kami makan) baru perasan masa bro tuh tegur tayar kereta kami pacit.. kat rumah SP x perasan pon.. hihi asib baik tayar spare boleh berfungsi.. dan nasib baik juga pancit ketika en suami ada.. kalau la masa pancit tuh aku yg tengah bwk kereta keseorangan? alamatnya.. ku biarkan ja la kereta itu sampai en suami datang memberikan bantuan..


Antara tips untuk menukar tayar kereta :
  1. Peralatan yang diperlukan -
  • Jack untuk mengangkat kereta
  • Pemutar jack untuk mengangkat kereta
  • Spanar untuk melonggarkan skrew/nuts
  • Tayar spare




1) Mula-mula buka bonet kereta, dan cari alatan untuk menukar tayar seperti "jack", dan pemutar skru. Biasanya terletak di bawah karpet bonet belakang kereta, bersama dengan tayar spare. Dan juga park kereta anda di permukaan yang tegap macam jalan tar ke, simen, so time naikkan kereta nanti taklah terbenam. 
2) Buka penutup rim jika ada. Longgarkan penutup rim dengan mengumpil menggunakan skru driver, lakukan dengan berhati-hati bagi mengelakan kerosakan pada rim. Atau jika anda gagah, guna tangan pun boleh
3) Longgarkan "nuts" pada rim menggunakan spanar melawan arah jam.Tak perlu buka habis, cukup sekadar longgarkan beliau
4) Pasangkan "jack" untuk mengangkat kereta anda. Kedudukan "jack" diletakkan kira-kira 2 jengkal dari tayar. Pastikan "jack" masuk ke tulang kereta, dan ayuh saya putar halim mengikut arah jam. Putar sehingga tayar kereta cukup sebati untuk dikeluarkan.
sumber google
5) Buka nuts pada rim, dan boleh lah tukarkan tayar anda yang bocor itu dengan tayar spare yang disediakan. Size tayar spare tu memang kecil dari tayar normal sampai aku pun macam scary cukup kukuhkan tayar itu untuk menampung berat kereta ini -__-"
6) Bila tayar spare sudah diletakkan, pasangkan kembali "nuts" dengan tidak terlalu ketat. Turunkan "jack", dan baru ketatkan nuts itu tadi. Pijak dengan kaki untuk memastikan cengkaman skru cukup kuat.
 
kredit dari blog ini

Jadi kalau2 sesiapa yang terkena masalah ini, bolehlah mencuba menukar tayar sendiri.. hihi good luck :)

2 comments :

  1. Hi sekarang dengan teknologi baru tak payah nak bersusah tukar tayar pancit dengan kaedah lama. Anda boleh menukar tayar kereta anda dengan mengunakan AUTO CAR JACK. Sila ke link ini untuk nak dapat maklumat selebihnya. www.powerpremiumsolution.com

    ReplyDelete
  2. Nanti nak cari tayar pulak, cuba website http://mytayar.com

    Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.

    Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.

    ReplyDelete

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.