Selamat Berpuasa..

Alhamdulillah...

Syukur.. dikesempatan ini.. Aku nak ucapkan selamat berpuasa pada semua..
Harapnya masih tidak terlewat untuk berbuat demikian..

Sekejap aje rasanya dah hampir seminggu (8hari?) kita berpuasa.. Alhamdulillah juga ada rezeki untuk kami anak beranak untuk mengurangkan beban hutang apabila aku berjaya ditawarkan jawatan Guru Ganti.. Walaupon mengajar di sekolah GSTT (2011) tapi aku bersyukur.. gaji kami dikira gaji hari..
Jika ada persekolahan, adalah kami gaji.. kalau sabtu, ahad, cuti umum mahupun cuti sekolah maka kami tidak dibayar gaji.. walaupon rasa macam tidak adil, tapi aku rasa cukup bersyukur.. ramai lagi rakan2 guru dpli yang masih menganggur, yang masih mencari2 pendapatan sampingan lebih-lebih lagi bagi yang dah berkeluarga dan mempunyai tanggungan.. Syukur Alhamdulillah..
Aku mula bekerja pada 5/7/2013 setelah tamat praktikel pada 28/6/2013.. Perlunya aku bekerja kerana banyak hutang tetap yang perlu dijelaskan seperti bayaran bulanan kereta (600), kad kredit ? bil telefon? upah pengasuh? en suami juga ada tanggungjawab dia.. sewa rumah.. bil-bil, susu lampin anak.. makan kami anak beranak dan sebagainya.. haruslah meringankan beban dia..

Alhamdulillah, sepanjang dah berpuasa sehingga hari ini.. berjaya juga masak beberapa menu.. Antaranya, kari ayam & roti jala (pertama kali buat nih), makaroni goreng, kuew teow kerang, puding karamel, nasi daging & ayam percik, nasi tomato & ayam percik dan x ingatlah.. Sebenarnya, demi menjimatkan duit poket dan kerana harga makanan di bazar Ramadhan sekarang pon mahal-mahal.. Tak boleh nak salahkan penjual makanan.. mereka juga mahu untung di atas penat lelah mereka memasak.. tapi apakan daya, untuk kami yang kurang mampu ini, memasaka adalah jalan terbaik..
Namun kekangan masa juga menjadi antara sebab aku tidak sempat menyediakan juadah berbuka.. Sekolah mula jam 11.50pg sehingga 5.40 petang.. Kalau jalan tidak sesak.. Mudah la aku sampai di rumah jam 6.15 petang.. Jika sudah ada bahan masakan di rumah.. memang sempatlah nak masak juadah sebelum menunggu azam berbuka.. Tapi, macam tadi, balik sekolah baru nak pergi cari ayam (dah cari semalam tapi tiada stok di Jusco - ayam di Jusco rm6.90 per kilogram) lepastuh dalam kepala teringin pula makan nasi tomato.. balik rumah dah 6.30 petang, cepat2 cuci beras, tumis itu ini untuk masak nasi tomato.. blend bahan2 kisar untuk buat ayam percik.. dan Syukurlah.. jam 7.15 kedua-dua nasi dan ayam selamat dimasak dan sedia untuk dimakan untuk berbuka.. puding karamel dah sediakan malam semalam lagi.. jadi ada la pencuci mulut.. 

Tapi, masa makan pon teringat kat suami.. Kesian dia kena kerja shift malam hari ini.. kalau dah masak awal sebelom pergi sekolah pagi tadi mungkin dia sempat untuk tapau.. tapi ayam pon xde, macamana nak masak awal? Makanya, pengajaran di sini, sediakan stok makanan lebih awal ya :)

menu berbuka 17-7-2013
menu berbuka 14-7-2013

Tak semua menu berbuka berjaya diambil gambarnya..sebab kesuntukan masa.. aku pernah gak buat puding roti tapi agak lembik puding tuh.. rasa puding tu ok.. tapi mungkin lebih masukan susu tuh dia tidak kenyal kot? Menu esok? tak tahu lagi.. Mungkin kuew teow kerang? Nak cari hidangan yang mudah disediakan dan menjimatkan duit disamping dapat dikongsi bersama-sama ahli keluarga yang lain..

p/s : kalau nak resepi.. aku pon cari kat google aje.. hihi

No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.