Aktiviti santai kami sekeluarga..

Assalamualaikum.. Salam petang..

Untuk entry kali ini nak cerita aktiviti kami sekeluarga.. sewaktu kami mempunyai masa terluang bersama.. Maksudnya; ada abah, mama dan anak-anak.. 

Kenapa mesti lengkap korum baru nak beraktiviti? Ya la, jarang2 kami sekuarga dapat bercuti lama bersama-sama dengan abahnya sebab abah kerja shift yang tidak tentu shiftnya.. cuti juga perlu di'book' 2 minggu lebih awal.. aish.. memang kena plan betul2 lah..

Minggu lepas (hujung minggu bulan 5), tak tahu nak kemana, kami ber-empat turun ke bawah.. lepak di astaka sambil minum2 dan Auni makan aiskrim.. keluar pon hanya untuk isi minyak keta, bawak Auni ke Jusco kejap dan balik singgah kat astaka.. sebenarnya Auni nih kurang makan tapi memang suka la kalau jumpa stesyen minyak.. kejanya, nampak minyak je mintak Ais-krim.. aish.. hari-hari abahnya bagi upah rm1 semata-mata nak bg dia duit aisk-krim..juga sebagai insentif untuk dia panjat tingkat 4 tanpa mengharap mama dukung.. 

Owh.. kenapa naik tingkat 4? Kami menyewa di flat yang mempunyai 4 tingkat sahaja.. makanya, tiada lif untuk menatap ke tingkat atas.. dan kebetulan tok sedara aka pengasuh budak2 ini duduk di tingkat 4 blok sebelah dengan rumah kami.. makanya terpaksalah kami anak beranak menapak ke tingkat 4 setiap hari kalau mama kerja (2 minggu ni cuti.. xda la tapi last week kena p sekolah untuk buat mural so hantar gak mereka 2-3jAM)

Macam minggu lepas, mak mertuaku datang singgah ke Perda untuk ambil photostate ic en suami.. makanya selepas minum2 kami ke astaka untuk makan burger bakar Perda,, kedai ini baru ja buka tahun ini.. Kami pon baru pertama kali mencubanya.. mak mertua dan mak sedara suami order burger ayam, manakala aku dan adik ipar try burger daging bakar.. mahal gak untuk aku sebab tak pernah cuba burger bakar kat tempat lain.. hehe untuk burger dagung biasa ja hampir 6.90 sebiji; yang lain perisa aku lupa.. ada 3 perisa sahaja di situ, burger ayam, daging dan kambing.

Gambar ini adalah gambar burger daging biasa.. ada daging cheese, daging cheesy dan daging double.
Tidak banyak pilihan disediakan. kalau nak set dengan kentang goreng, boleh tambah lagi seringgit. Rasanya, boleh tahan lah.. tapi adik ipar aku komen, sedap lagi burger Burn.. kat Alor Setar katanya.. tapi aku x pernah cuba lagi lah.. hihi makanya tak boleh nak komen mana yang sedap.. ada juga burger perang kat Parit Buntar yang dijual oleh kakak Azee (kosmate dpli UPSI) nanti nak cuba bila ada masa.. burger kat Penanti pon tak pernah cuba gak.. haishh.. kami kalau tiada abahnya memang x berjalan la jauh2 ni.. walaupon Penanti tuh jalan nak ke sekolah aku je sebenarnya (lebih kurang 15-20 minit dari rumah aku). Nanti la bila ada masa kan.. hihi..

Ok lah.. nanti nak update kerja Mural aku lak.. hiih.. seronok menaip rupanya :)


2 comments :

  1. as salam....suka part 'lengkap korum baru nak beraktiviti' memang best beraktiviti bila semua ahli dlm family ada...

    ReplyDelete
  2. hah bila nak sampai ni dear...burger perang da lama siap hihi

    ReplyDelete

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.