Umairah 7 bulan


Salam..

Alhamdulillah.. Umairah dah 7 bulan sekarang.. perkembangan terbaru..
Adik dah boleh duduk.. tapi.. kalau ikutkan perkembangan sebenar.. adik masih meniarap, baru nak cuba-cuba menjulur.. belom merangkak.. isk isk :)

So far,
adik dah makan macam-macam.. termasuklah manisan macam sumi dan jeli kelapa..
Tapi yang paling best.. masak la apa pon untuk dia.. m,esti dia makan.. setakat nih dah cuba bagi makan bubur nasi, bubur lobak merah, puri labu, puri kentang, puri lobak merah dan sup ayam :)

Auni?
Alhamdulillah.. Auni pon walaupon kurang selera nak makan nasi.. tapi kalo masakkan telur ke, mee ke, berselera gak dia makan.. cuma nak tdo tuh susah sikit..

Satu lagi.. memang la dia nih suka kacau adik dia.. mungkin itulah cara dia menunjukkan cara dia sayangkan adiknya, tapi hati ibu bapa mana yang tak risau bila mana melihat si kakak seolah-olah membuli adiknya??
hihi.. mungkin mama masih belom boleh membaca cara Auni bermain bersama adik Umairah..

Alkisahnya, adik ipar nak bersalin sepatutnya due semalam (25.5) maka dia mengidamkan cheese tart buatan aku lak.. aduhai.. bgtau hari rabu pg.. bayangkan? khamis mlm usaha p sg petani hantarkan itu cheese tart,, alahai demi dia x kempunan gagahlah buatkan juga.. semoga dia dipermudahkan bersalin.. jom nengok hasil cheese tart aku yg x seberapa itu.. almaklum lah buat kalam kalibut.. taraa..

Ini pula manisan untuk jamuan potluck hari guru.. buat yang simple2 je.. puding coctail.. mudahkan :)


Sekarang cuti sekolah.. mari kita mengemasa rumah.. owh.. sekarang kena penyakit candy crush.. tapi tuh semua bleh set mind.. boleh ditinggalkan bebila masa.. 

cuti kena buat projek mural.. esok dah start mural so kena g skolah.. cuti pon skolah.. alahai.. xpe la xlama dah.. hihi.. nanti bleh cuti lama2 sambil tanam anggur.. hihi..
 

No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.