Selamat Hari Guru


Salam..

Dikesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia terutama kepada guru-guru di Tadika Kemas Alai, SK Alai, SMSJ, KMS, UPM dan latest adalah UPSI :)


Ya, hari Guru.. kenapa kena raikan? kenapa nak kena sambut lak? Sebenarnya, kalau ditanya pada guru, mestilah mereka kata untuk menunjukkan penghargaan atas segala jasa guru itu betol?

Tapi pada aku, hari guru dari dulu sampai sekarang macam tiada beza.. budak hanya tahu bagi hadiah tanpa mengetahui bahawasanya peranan guru pada mereka lebih daripada segalanya.. bagi hadiah sebab mereka suka @ admire dgn guru mereka.. bukan sebab mereka menghargai atau bersyukur memiliki guru itu.. mcm sorg kwn kata "masa seorang guru bersama anak muridnya lebih lama berbanding masa dia ngan anak2nya" eh betol ke?

sempat main boling bertiga :)
Sekolah mula jam 7.30pg tapi 6.30pg dah kena kuar rumah.. balik sekolah belom tentu kul 5 sampai rumah sebab kul 3.15-4.30 - kelas tambahan, 4.30 - 5.30 latihan rumah sukan lak.. kul 6.30pm sampai umah dah kalut nak urus rumah lak.. brapa jam ja dia (guru) tuh abiskan masa ngan anak? mlm kul 10-11mlm dah nak masuk tdo sebab esok nak bangun pagi lagi.. cuti sekolah? belom tentu dapat dinikmati bersama keluarga.. selalunya ada ja aktiviti kat sekolah mcm jaga PMR la, SPM la, belom kira kelas tambahan masa cuti.. hihi apa la yg aku bebelkan nih kann?? besar pengorbanan guru ini.. lagi2 cikgu sekolah yg ada Asrama.. malam pon kena ngok anak2 murid lg.. :)

Sebenarnya, kalau seorang itu belom bekerja di suatu pekerjaan, mesti dia akan pandang rendah dgn kerja itu.. contohnya; masyarakat yg x pernah jadi guru melihat guru adalah pekerjaan yang paling mudah.. sedangkan hakikatnya, kerja apa pon ada bebanan ok :)

Ibu bapa selalu blame guru x pandai ajar anak mereka, kenapa anak mereka x pandai? Sedangkan hakikatnya, adakah ibu bapa itu sendiri mendidik anak-anak mereka dengan baik di rumah? Gejala sosial? semua org blame guru.. kenapa? guru x pandai ajar.. ok kalau guru itu ditugaskan untuk mengajar 10 org murid 1 kelas sehari xpa la jugak kan.. hmm.. apa pon kita sebagai masyarakat x patut tuding jari kepada mana-mana pihak sekiranya kita diri kita tidak menjalankan tanggungjawab kita dengan baik..

Ya memang semua kerja ada tekanan.. kalau tak nak tekanan macam tuh kerja dari rumah ja la.. haha ckp mmg senangkan.. nak kerja kat rumah pon ada tekanan juga...

p/s - aku besyukur diberi kesempatan menjawatan jawatan ini dan akan cuba sedaya upaya untuk mendidik dengan baik walaupon byk kekurangan di sana sini..

No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.