Pengalaman pertama mengundi - PRU 13

bukti yg baik untuk pengundi
Salam..
buat apa tuh..??
Mesti tgh skodeng blog la kan.. haha..
Actually nak cerita pasal PRU 13 (5.5.2013) semalam la kan..kan..kan..
Alhamdulillah.. aku berjAya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang warga negara Malaysia.. hehe walaupon jauh perjalanan yg perlu kami tempuhi..

Jauh? Ye la aku kan duk Penang, mengundi kat Melaka pulak tuh.. tahun 2008 yg lepas x mengundi sebab mase tuh aku kerja ngan KFC Holding (M) bhd.. mase tuh pegang ast. restaurant manager.. mmg xde la masa nak amik cuti 2-3 hari semata-mata nak balik ngundi aje kan.. huhuk.. len kali aku cerita pasal pengalaman kerja ngan KFC nih..

So far, apa yg aku nampak.. memang meriah la masa hariu mengundi dengan warga-warga yg berkempen untuk meraih undi.. tapi kempen saat terakhir pada aku x membawa apa2 perubahan.. hihi.. aku undi apa? rahsia ok.. haha.. tapi aku lebih suka membaca dr mengomen cerita2 berunsur polotik.. pada aku, yg baik jadikan pengajaran.. yg buruk jadikan sempadan.. hihi..

Auni & paksu : sempat bergelak ketawa di tepi jalan
Berbalik pada pengalaman aku untuk kali pertama undi, pada aku sistem yg disediakan oleh SPR ok je.. x tahu pulak mcmana nak ada pengundi2 hantu sebab mmg dorg check betul2 la pengundi2 yg dtg undi.. cume mungkin masa kira kertas undi, ha yg tuh aku x tahu la kebolehpercayaannyakan... ya lah sampai boleh black-out tempat kira undi tuh kira dasyat la kan.. hmm.. mungkin hanya kebetulan.. mungkin telah dirancang? ntahlah.. pada aku, dunia nih sementara aje.. kalo rasa nak kena siksa lama2 kat akhirat nanti buat la yg dilarang ALLAH :)

Pada aku, aku mmg terkejut la Pak Ali kalah.. hihi.. ini menunjukkan.. rakyat semakin bijak memilih.. harapannya Pak Ali bolehlah muhasabah diri lepas nih.. bukan apa, aku pon asyik dengar dr dolu org ** yg memerintah Melaka asyik TIPU duit rakyat terutama rakyat Melayu.. abis tanah2 org kg dibeli dgn harga rendah dan dijual harga tinggi kpd org **** untuk pembangunan kononnya.. jgn sampai tanak pusaka keluarga aku nnt pon kena benda yg sama sudahlah.. aishhh..

Semoga pemerintah yg baru akan menjalankan tugas mereka secara adil dan saksama.. bukannya apa, aku tahu, kerja sebagai pegawai kerajaan mmg bukan mudah sehinggalah anda sendiri berada di tempat mereka.. macam aku dulu lah, dah jadi ast manager, sibuk nak kerja cikgu.. dah jadi cikgu.. ha baru tahu.. xde sebarang pekerjaan yg mudah melainkan bila anda telah melaluinya sendiri :)


Auni & paksu : tunggu mama amik baju tempahan





No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.