makanan bayi a.k.a Siti Umairah Nasuha solid food


Salam.. 
Auni di kedai Sedap Malam
Alhamdulillah.. anak kedua semangat nak bagi makan disebabkan kegagalan beri makanan yg baik kepada Si kakak Auni.. Maafkan mama ya Auni.. tapi mama pon tgh cuba sedaya upaya mama untuk detox semua manisan, asam-asam segala mak nenek yg Auni ambil skarang.. yg tu akan cerita lain kali on..
Umairah umur sebulan
Adik Auni aka Umairah nak masuk 7 bulan dah.. so far nengok cara dia makan.. memberansangkan.. Alhamdulillah.. first time (anak dah 2) baru rasa yg bestnya bila anak makan makanan berkhasiat.. ya untuk anak kedua dah ada kesedaran tentang pemakanan yg baik terutama pemakanan untuk tumbesaran anak-anak sebab kesian sgt negok si Auni yg tiada selera makan.. alahai.. 
kalau makan aiskrim, dialah orgnya yg nak laju2 :)
Jadinya, hasil google hari ini, terjumpa la blog yang ada nyatakan resepi dan petua-petua untuk bagi anak 1st solid food la.. boleh rujuk sini ya :)

So far, adik dah makan bubur nasi, bubur nasi + lobak merah, puree betik (tp yg ni dia x berapa suka), puree tembikai susu, dan puree pisang. Yang buat aku rajin buat bubur nasi sebab rumah kami selalu ada lebihan nasi, maka dengan rajinnya aku rebus semula nasi tuh sampai jadi bubur (tambah je air dan rebus) dan kalau nak tambah perisa mudah ja, tambah la karot yg potong kecik2, juga boleh tambah jagung ke, brokoli ke.. harus potong kecik2 supa mudah nak masaknya (sebab gune nasikan). Pastu aku blend semuanya dan tapis :) nengok2 mmg adik sgt berselera.. mungkin sebab sgt halus dan mudah untuk ditelan.. buat masa nih mmg aku x campur pon garam dan adik makan je.. :)
mama masih kurus masa nih :) (ada kaitan ke?)
Dulu, masa Auni, xtau lak nak tapis2 lepas blend.. maybe tuh antara sebab Auni x lalu makan.. mungkin juga salah satu sebab vaksin? (tapi anak org lain pon kena vax gak, lalu je makan) alahai, jgn tuding jari tanpa sebab ok.. inilah cabaran untuk ko sebagai ibu untuk menyediakan makanan untuk anak2 dan suami tercinta ok.. :)

Korang ada x nak share resepi yg best2 untuk bayi bawah 1 tahun? atau 2 tahun ke atas? owh Auni skarang 2 tahun 7 bulan gitu.. :)

No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.