Aktiviti amal @sumbangan pd sekolah?

Assalamualaikum....
Seminggu dah berlalu cuti sekolah... cuti macam x cuti ja. sebabnya kena gak p sekolah..
Huk alah.. bukan nak mengeluh.. cume memberi tahu, cuti x semestinya hanya duduk di rumah bersenang2 dengan anak2.. hihi
Rasa memang berat hati nak p sekolah tapinya kena jugak siapkan aktiviti aka sumbangan kepada sekolah almaklumlah dah nak abis praktikel.. kami diberi tugasan untuk menyiapkan mural.. mural untuk jadi kenangan di sekolah itu.. 

Kerja-kerja memilih mural adalah pilihan mereka (kawan2 praktikel).. mereka tak libatkan aku mungkin disebabkan aku kurang minat nak lukis melukis atau mungkin aku buat endah x endah bab2 memilih.. aku cadangkan lukis pemandangan ja tp depa kata susah.. ok pilihlah depa satu lukisan nih.. jeng jeng jeng..

Ini lah yang perlu kami lakukan..
Memadamkan atau menukarkan mural daun kering di dinding asal kepada mural kami..
Mula-mula agak sukar sebab dahan tuh berwarna hitam..
Kami dah cat dengan warna putih pon tidak hilang..
Mengikut kata cikgu seni SMKGP (Pn. Mariam), dia suruh kami cuci dengan air supaya cat lama (dahan hitam) hilang namun kami rasa tidak mampu nak cuci dinding tersebut dek kerana tiada kudrat sebagai mak-mak @perempuan..

Hihi.. makanya, lepas sapu cat putih tuh, kami sambung dengan cat kaler hijau tuh pulak.. hihi..

Kerja-kerja mengecat background ini ambil masa sehari start jam 10 pagi sampai 1 tengah hari ja la.. hihi.. penat kot cat padahal ramai gak kakitangan yang membantu..
Hari ke-dua kami mula dengan melukis secara dasar (tak ikut gambar asal sebab banyak juga bunga yang perlu dilukis dan diwarnakan)
Kami lukis secara draf sahaja..
Lebihnya warna ikut yang kami fikirkan ceria.. haha boleh pulak macam tuh kan?
Mula mewarna pada petang hari kedua juga sebab konon-kononya nak siapkan cepatlah..

Almaklumlah ramai yang nak balik Kg la, nak bercuti bersama keluarga lah..
Anak didik kami tuh menolong sampai hari kedua aje..
Alkisahnya.. Mungkin mak ayah pon kata, kesian anak aku kena cat sekolah..

Tapi hari ke-tiga kami teruskan juga mewarna mana yang perlu dan habiskan semua kerja2 mewarna..
Alhamdulillah, walaupon kami ber-empat sahaja, siap juga kerja-kerja mewarna :)


Tapi bila dah siap warna macam nih (belum termasuk tulisan ya)..
Apa yang aku nampak.. Macam lukisan dinding sekolah tadika la pulak..
Ceria yang amat.. tak macam sekolah menengah dah nih.. Alahai..
Mungkin lepas dah letak tulisan nanti.. keadaan menjadi semakin ok?
Harap-harap lah yek.. 

Kami akan mula sambung mewarna tulisan naik cuti sekolah nih nanti..
Sekarang nak abiskan masa kemas rumah..

Ya, harus update di sini bak kata fizah.. 
Baru ada semangat nak kemas rumah kot..
 Hari ini nak cuba buang semua barang-barang yang memang menyemakkan rumah ini..
haha.. berjaya atau tidak ?
Tunggu...


p/s : semoga hari-hari mendatang menguatkan semangat aku untuk menjalani kehidupan sebagai anak, mama, dan isteri yang lebih baik dari hari semalam.

No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.