1 Rejab


Salam..
Sudah 1 Rejab hari ini.. Tahniah kepada yang berjaya puasa sunat :)
Aku? x puasa.. hihi.. sebab rini abah nak bawa anak2 mandi kolam..
Actually si kakak Auni yg tersangat excited nak mandi kolam bila aje ternampak baju mandi dia.. Alahai anak.. Walaupon hari ini Sabtu, abahnya kena kerja.. Almaklumlah org kerja shift. Kesimpulannya, ikut abah ke opis, kerja bersama abah sehingga 1pm dan balik mandi kolam..

Pengalaman mandi kolam di waktu petang? (1.30-2.30pm)
Cuaca hari ini agak panas.. tapi disebabkan semangat si kakak bila nampak kolam.. panas pon panas lah, janji dapat berendam.. si adik? berendam bersama mama sebab duduk pon x reti lg.. Adik mandi bersama baju yg dipakai pg td manakala si kakak ofcouse la tukar baju renang dia kan kan.. hihi..
Walaupon dah petang.. Aku lihat ramai je ibu bapa yg masih membawa anak2 mereka mandi manda di situ.. ye la maksud aku baru sampai macam kami... aku dah ingat kami je yg akan konker kolam rupa2nya tekaanku meleset..


Tapi, balik je dah penatkan.. Kami hanya makan di rumah bersama lauk yg ditapau dikedai (lala masak serai-rm3 + gulai ikan masin-rm 1) murahkan? balik masak nasi dan sup ayam.. siap makan :)
Kakak dan adik masing2 cuba melentokkan diri tapi sekejap2 je la(dalam keta x berapa selesa nak tido munkin sebab cuaca pon panas, aircond kereta pon x berasa sejuk.. hihi).. nih baru dorang tido (semasa entry ini ditaip)

Alkisahnya, malam nih adik macam nak demam.. xtahu salah kot mana.. so aku pon ada terbaca pasal cara ubat demam semula jadi.. amik minyak zaiton + bawang putih (dicincang dulu), pastu gaulkan untuk dijadikan minyak bawang putih.. pastu urut2 kat betis dan tapak kaki adik.. terus dia muntah2 (macam ada roti x hadam dan susu la dlm muntah tu) banyak gak dia muntahkan isi perut dia.. skarang baru boleh lena dgn baik.. mungkin betul  aku ada terbaca sorg ni kata, penyakit bermula dari perut.. mesti salah makan or sesuatu yg xboleh dimakan tuh yg boleh sebabkan penyakit..

Malam ni kena monitor suhu badan adik.. kalau2 x baik gak.. kena lap2 dan jaram kepala ngan air asam jawa pulak kot.. :) korang ada pengalaman anak demam?? jom share2.. owh, ini kali pertama adik demam kalau x silap sejak dia berumur 6bulan :)

No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.