Siput sedut masak sambal


sambal siput sedut
Salam...
walaupon aku nih kategori malas masak.. tapi sebabkan hari ni hari ahad dan ada org mengidam nak makan siput sedut masak sambal.. ku gagahkan diri gak mencari siput ini .. di mana??
jeng jng jeng..
korang yg baca nih mesti x caya kan..
kat.. pasar mlm? eh.. bukan..
kat mana lg? cer teka...
pasar la kan..? eh tidak....
ihihi.. cer korang teka.. sape teka betol ku bank in rm5 :p
 

sambal nampak mcm pedas
 ok la apa pon jom ushar resepi dia.. aku lupa yg aku kopi dr mana.. harap halal yek tuan punya resepi.. hihi sebab kopi2 pastu save kat word.. pastu lupa sama nak save link dia.. aiseh.. ampun kan saya..


Resepi siput sedut sambal :

Bahan-bahan
  • 1kg siput
  • 20 keping lada kering (boleh tambah jika nak lagi pedas) - gunting dan rendam dlm air panas biar lembut*
  • 1 ulas bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci kunyit *
  • 1 inci halia*
  • setengah inci belacan* bahan* dikisar halus
  • 1 setengah sudu besar asam jawa yang dibancuh dengan setengah cawan air
  • 1 cawan minyak masak
  • Garam, Gula dan serbuk perasa(jika mahu) secukupnya.

Cara-cara:
  1.     Panaskan minyak masak dalam kuali.
  2.     Masukkan bahan kisar, kacau selalu hingga garing/bahan kisar pecah minyak.
  3.     Masukkan siput yang sudah disiang dan dibersihkan. Kacau rata.
  4.     Masukkan air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa(jika mahu) secukupnya.
  5.     Kacau sebati dan perlahankan api. Reneh sehingga isi siput masak (7-15 minit).
  6.     Angkat dan sedia dihidang.
p/s = mungkin akan diperhangat semula untuk mengurangkan rasa pedas.. hihi

No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.