Cuti sekolah

Alhamdulillah...
sekejap aje rasanya dah nak ais cuti sekolah.. esok lusa dah mula sekolah..
nak update yang aku skang da mula praktikel kat SMK Guar Perahu sebagai guru ERT dan Sains..
hukhuk.. walaupon masa dpli x blajar sains tapi aku lebih confident ajar sains berbanding subjek ERT.. mana taknya.. sains dah ajar 3-4 tahun dahulu tapi ERT? baru nak merangkak memahami silibus..

Syukurlah jumpe 2-3 blog cikgu2 ert yang banyak membantu aku dari segi content. tapi pada aku budak2 ERT kat sekolah aku tuh.. walaupon da tingkatan 4, tapi mentaliti mereka masih seperti kanak-kanak.. masih tak memikirkan masa depan yang sangat la penting.. pada mereka waktu sekolah hanyalah memenuhi kehendak ibu bapa atau kewajipan sebagai seorang pelajar.. rata-rata tidak memiliki sikap2 pelajar yg unggul.. kenapa aku cakap mcm tu? salah satu sebab adalah kerana mereka ni sangat malas buat kerja rumah.. bukan semua tapi hampir 70 peratus daripada pelajar ERT ni.. yang rajin tu baguslah.. inilah salah satu cabaran aku sebagai guru ERT.. kalo nak bandingkan ngan budak tingkatan 1 yang aku ajar sains, mereka lebih bersemangat.. mungkin disebabkan faktor mereka masih kecil dan teruja untuk mengejar ilmu itu aku x kaji lagi..tapi yang pasti, kalo diberikan tugasan kepada mereka pasti disiapkan terutama pelajar perempuan..tapi kalo pelajar ERT aku yg mmg perempuan semuanya?? tahu nak seronok aje..alahai..

No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.