Sarapan apa?

nasi lemak hasil google


Salam..

Niat di hati nak masak nasi lemak kot  sarapan esok pagi.. dlm fikiran ni berfikir.. apa yg mudah? Nasi lemak nampak senang sebab masak nasi je pon.. tapi yang payah bab nak buat sambal tumis.. kenapa la aku asyik fail je bab sambal nih?? mungkin sebab gune cili boh kot? xpe bila x jadi akan menjadikan aku tabah utk buat lg sampai berjaya....

Resepi nasi lemak aku google je.. senang je kot saja nak cari kelainan.. kot2 jadi lebih sedap..

Sebenarnya bila masak nih.. terlintas dalam hati nak tahu, kenapa guna bahan itu, kena guna bahan ini.. contohnya, kenapa guna santan? boleh ke ganti dgn susu cair? apa fungsi santan dan susu cair?

jom google jap untuk info.. seronok berkongsi ilmu.. bab kata pensyarah kaedah mengajar aku : ** what?? kenapa nak ajar sesuatu ilmu pada anak murid kamu? untuk apa?

Susu cair :
Susu cair juga dikenali sebagai susu sejat kerana sebanyak 60 peratus air dalam kandungan susu disejat atau dikeringkan. Susu ini rasa sedikit berlemak.
Selepas dihomogenkan ia akan di seterilkan dengan suhu (115-118 °C) untuk 15 minit dan pemanasan ini memberi rasa karamel dan warnanya menjadi gelap sedikit iaitu berwarna coklat cair berbanding susu yang berwarna putih.
Untuk menggantikan santan dan krim, susu ini sangat sesuai kerana rasanya yang berlemak tetapi kandungan lemaknya jauh lebih rendah daripada santan dan krim

Santan :
tak tahu nak amik yang mana tapi memang seronok baca kat sini :)

Sambal tumis : (tips dr kak Umie)
Panaskan minyak secukupnya dan tumislah bawang kecik dan bawang putih yang ditumbuk/ kisar... Semasa kisar kalau boleh jgnlah bubuh air banyak2, cukup sekadar biar dia boleh kisar dan pusing je... Tumis sehingga naik bau dan masukkanlah cili kisar. CIli boh bagi saya (kak umie) kurang best...
cilinya mestilah ditumis dengan minyak yang cukup (tak leh kurang). Apinya mesti kecil dan tumis sehingga naik minyak. Selepas naik minyak barulah diletakkan gula. Gula bersama minyak akan jadi caremalize le gula tu, dan warna sambal akan jadi lebih gelap dan cantik dan rasa gula tu juga lebih sedap. 
Kemudian barulah masukkan asam, garam dan air secukupnya...
Kalau sambal bilis, masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili.. lebih perisa sambalnya...
Kalau sambal sotong, utk elak sotong berair dan mencemar sambal, maka selepas basuh, perapkan dengan garam. Nanti adjust le garam dalam sambal ye.
Kalau sambal udang, rebuskan kulit udang dan masukkan airnya dalam sambal

Untuk merealisasikan masakan pada esok hari.. mari tidur :)

Selamat malam



No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.