Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir batin..

kad ucapan hari raya 13.png 




Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin kawan-kawan..
Dikesempatan inilah nak mohon ampun maaf, nak kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara, kawan-kawan.. Jangan pula lupa bersedekah pada kanak-kanak.. Tidak kiralah berapa banyak jumlahnya janji keikhlasan kita mengeluarkan sedekah itu.. Teringat zaman kanak-kanak.. seronok dapat duit raya.. Harapanya kanak-kanak yang terima duit raya daripada kami pon seronok gak..

Tahun ini beraya di Penang, pastu baru balik Kg Padang Perahu dan raya ke-3 baru ke Melaka.. kebetulan adik pon nak bertunang ujung minggu tuh jadi boleh la beraya di Melaka lama sikit.. Persiapan raya? Ala kadar aje tahun nih.. Sebabnya, kekangan kewangan.. Bab kewangan pada aku xde masalah sebenarnya, kalau aku banyak duit skali pon, raya bukanlah hari untuk membazir.. Lebih banyak berbelanja bersederhana.. Ingatlah orang yang lebih susah.. Mereka pon masih menyambut kedatangan Aidil Fitri dengan ala kadar, maka kenapa kita perlu membazir?

Pada pendapat aku, raya nih la nak eratkan silaturrahim, nak ziarah saudara mara, nak bermaaf-maafan.. Maka, baju raya yang mahal-mahal atau kuih raya yang pelbagai jenis hanyalah sampingan yang tidak perlu untuk belanja dengan boros.. Cukup sekadar dpapat menjamu tetamu atau sebagai buah tangan kepada ibu bapa dan keluarga yang terdekat.

Haha.. itu pendapat aku la. Kalau korang rasa nak ada baju baru berpasang-pasang untuk raya, berjenis-jenis kuih raya, silakan.. Sekurang-kurangnya baju itu nanti boleh gak pakai untuk kerja nanti tapi kalau kuih raya yang terlalu banyak?? rasa kalau sampai kena buang nanti kan membazir namanya.. Sebab itu tahun nih aku buat je kuih raya, biar sikit asalkan aku puas hati, rasa dapat belajar sesuatu yang baru.. Lebih seronok kalau orang puji kuih raya tuh sedap.. :)

Apa ek kuih raya yang aku buat tahun ini? Ada lah 3-4 jenis tapi yang paling best cheese tart blueberry tuh la sebab memang dah lama mengidam nak buat.. rasanya dah 2-3 tahun kot nak cuba buat.. Alhamdulillah tahun nih berjaya laksanakan impian itu.. dan sedap.. bukan aku ja kata sedap.. semua yang dah makan pon kata sedap.. hehe :)


No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.