Selamat Berpuasa..

Auni di Hentian Bas Butterworth
Alhamdulillah.. hari nih dah hari ke-13 berpuasa..dan dapat balik berpuasa di Melaka bersama bonda tercinta :) Semestinya seronok balik kg sbb mmg lama gak x balik (2bln?) Jauh gak la kalo nak kira ngan Km.. tapi nsb bek ada 'pemandu' yg bleh hantar ke destinasi tujuan..

Kami bertolak 1 Ogos jam 12 mlm dan sampai ke destinasi tujuan kira-kira jam 6.30 pg.. rasa mcm lambat tp tuh kira laju la.. Pemandu ni siap benti bersahur kat Sg Buloh selama 45 minit, singgah di Pudu Raya (25 minit) dan singgah di Seremban (20 minit)
Sampai uma Awe terus melawat kawasan

Kami berdua nek bas Mayang Sari dengan sebab selamat dan bas ni belum ada sejarah hitam.. Alhamdulillah selamat sampai ke tempat destinasi.. Balik ngan Auni kali nih satu cabaran buat aku sebab dia x reti duk diam.. panjat sana sini.. buat bising.. duduk atas perut.. alahai.. dolu time baby elok ja.. maybe sebab sempit sama.. kalo naik keretapi ritu ok je :)

Menu berbuka hari ni di kg adalah asam pedas, ikan goreng ngan bayam grg, puding karamel dan air longan aka air mata kucing. Kami x ke pasar Ramadhan sebab malas dan jauh (kena nek keta) kalo kat Perda, Penang jalan kaki pon bleh sampai.. Niat di hati nak makan kuih lompang skali tapi disebabkan kesuntukan masa kuih lompang bertukar menjadi kuih kaswee namun masih tak menjadi disebabkan tepung atau kurangnya air.. ntahla :(

Tadi masa amik adik sempat singgah Mydin Melaka untuk beli susu Auni. Tergoda betol ngan tart nenas dia. Ingat nk beli gak sebalang tp x bawa duit yg mencukupi.. nanti2 la kalo sempat.. Sabtu mlm nih nak gerak blk Penang semula. Ingat nak duk lama skit nk wat projek kain bantal@tilam adik Auni tp mcm xdan je.. Mak sibuk nk siapkan kain langsir dia. Lagipun kesian kat En Suami sorang-sorang sahur dan berbuka nanti..

Sini (kg) nak beli barang kena jalan kaki yg jauh x pon kena menapak ngan kereta, tuh yg jadi malas nak kuar. Sekali kuar mesti lama. Baru berangan nak makan sedap2 kat sini dan buat 2-3 jenis kuih raya tapi rasanya itu semua hanyalah impian sahaja :(

Owh cerita pasal Auni di Kg Alai. Sesampai aje kat umah Awe dia.. dia pon teruja la. Dalam mengantuk2 dia sempat la round umah nenek dia (Awe) 2-3 round.. Dah puas panjat tangga atas, turun balik dapur, pergi luar main rumput dan segala pokok dia kutip daun. Pastu terkedek2 lari masuk dalam sebab kena ligan ngan mama dia. Last2 pas kena milo sebotol, terus terlena. Rasanya dalam kul 10.30pg kot baru tdo dgn x mandinya terus terlena :) Nak upload gambar Auni melawat kawasan tp xleh nak transer dr hp.. nanti la.. next entry k..

2 comments :

  1. sejak kereta xde ni,tak berjalan2 dah.kalau x rasanya sy n family pon ke melaka gk lepak2 sana mcm dulu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ada rezeki utk kereta baru nanti.. Amin :)

      Delete

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.