Ramadhan yang semakin menghujung..


 

Sudah lama biarkan blog nih berhabuk... hehe takde masa nak bertenet lagi2 kalo Auni tdo sampai ke sahur.. Alamak bersahur ngan dia n kena tdo ngan dia plak.. nasib baik tak kerja.. Kalo kerja, atau belajar? Alamatnya tidur kat tempat kerja atau kuliah la jawabnya..

Hari ini berbuka nak cuba kuew teow daging halia resipi dari buku 1 Hari 1 Resipi.. tapi sebab malas nak sejukkan daging, gune ayam je.. mudah sangat la nak buat sebab kuah asing..

Resipi kuew teow daging halia :
Bahan-bahan :
  1. 200g daging hiris nipis - aku ganti dengan ayam
  2. 3 incs halia muda - dihiris
  3. 3 sudu besar sos tiram
  4. 1 ulas bawang merah - dihiris 
  5. 2 ulas bawang putih - dihiris
  6. 1 sudu besar kicap pekat
  7. 1 sudu besar lada hitam - serbuk / biji
  8. 500 g kuew teow
Cara-cara:
  1. Goreng kuew teow menggunakan kuali non-stick. Angkat dan ketepikan setelah masak.
  2. Campurkan semua bahan daging dan perap selama 30 minit.
  3. Goreng daging yang telah diperap dengan sedikit minyak. Tambah sedikit air untuk kuah. apabila kuah pekat, boleh angkat dan hidangkan :)

No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.