Premium Beautiful..


Mula-mula nak mintak maaf la kalau anda semua yang baca entry kali ni ada dikalangan penjual Premium Beautiful ini.. belum tulis lagi nak minta maaf dah sebabnya nanti lepas korang baca, korang marah aku lak sebab kutuk si penjual PB ini.

Sebenarnya, aku tidak lah nak marah siapa-siapa cuma aku terkilan dengan sikap sorang penjual PB ini. Masa aku balik kampung berbuka puasa dengan bonda dan adikku di Melaka, ada la sorang kawan adik nih, nama aku x pastilahkan sebab kawan adik. Nak dijadikan cerita, sebab dia pernah menetap kat rumah mak aku mase diorang praktikal masa belajar dulu jadi aku x kisah la dia nak melawat mak atau adik aku..kot2 la nak dekat2 raya ni nak mengeratkan silaturrahim ke apa. Rupanya ada agenda disebalik kedatang tidak diundang itu, Dah la datang mengejut. Tiba-tiba ajak adik aku join business PB dia. 

Untuk pengetahuan korang lah kan. Adik aku tuh perempuan tapi berat badan dia 43 kg je kalo aku tak silap. Maknanya memang kurus kering lah. Setahu aku la korset PB nih memang la ada untuk kesihatan tapi mostly untuk kempiskan lemak2 di badan la rasanya (sorry aku blum study PB nih la untuk kebaikkan2 dia tapi aku dah nampak keburukkan dulu) fine, nak jual je takpe la. Suka hati la kan nak beli ke tidak. Tapi kes kawan adik aku nih, degil~ Macam la desperate sangat nak menjual PB tuh sampai ajak adik aku jadi business partner sebab adik aku taknak beli korset dia dan kata duit gaji dah banyak potong untuk buat rumah!!~

Kenapa aku kata si penjual PB nih desperate?
Maunya aku kata gitu, dah la orang tak nak beli, nak paksa-paksa pulak..dah la tuh siap bagi tahu income sebulan sampai 10k.. sanggup berhenti kerja guru semata-mata nak buat business PB nih full time.. Yelah income 5 angka setiap bulan, bonus lagi. Gaji guru? 2.5k je pada dia sangat kecil. siapa taknak? (nih salah satu contoh budak ISMP yang tidak kenang budi) abis tuh, kalo dah gempak sangat income tuh, kenapa nak paksa2 orang beli lagi? orang tak nak sudah la.. kisah dia ajak adik aku join PB nih tak abis kat umah mak aku je, dia siap tinggalkan barang dan suruh adik aku return esoknya. Dan semestinya esoknya adik aku pon kena menghadap muka dia dan mendengar cerita paksaan dia sampai berjam-jam.. Ada ke patut?? 

Aku tak tahu la apa yang orang direct selling atau MLM nih fikirkan. Tapi ikut pengalaman aku join Vemma dolu, business macam MLM nih memang akan meng'kaya'kan orang atasan dan mengkayapkan orang bawahan! Bukan semua orang bernasib baik dan aku nak tanya la, MLM nih sampai bila eh boleh bertahan? huh~ nak sambung tulis pon sakit hati je. So sesape yang cari keburukkan PB nih.. inilah salah satunya! Nak cari pelanggan pun, nengok2 lah sama. Jangan fikir untung aje. Kawan sendiri pon menjadi mangsa

2 comments :

  1. aduhai..mcm ni pulak..kesian..bwak la banyak2 bersabar ye...nasihat kat adik tak yah le join benda2 ni..silap2 hari bulan bleh lingkup...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah kan.. cara masing-masing nak tambah income.. tapi ada tuh dah ada income yg ok pon buat lg mende2 mcm nih..alahai.. pada aku hidup sederhana dah ok..x perlu kaya raya yg akan memeningkan kepala..menyesakkan jiwa..hidup kat dunia nih tak perlu tamak sgt..bukan kekal pon :)

      Delete

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.