New Gadget..

Syukur Alhamdulillah..
Niat baikku nak buat biskut raya tahun ini disempurkan oleh suami dengan pembelian stand mixer..
Ala rumah orang lain mesti siap ada mixer yg mahal-mahal dan canggih-canggih.. tapi aku nak gak berterima kasih pada bos yang membelikan mixer ini :)

stand mixer - pensonic
Kami beli ikut kemampuan ja dulu.. janji niat asal nak membuat kuih raya tercapai.. sebenarnya tak tahu la apa korang rasa.. aku kira mixer nih skang satu keperluan, bukan lagi satu kehendak :) Lepas nih boleh mula buat cheese tart filling, biskut chipsmore dan apa2 biskut yang teringin untuk dicuba makan..

Kenapa baru tahun ini nak buat biskut raya? Sebenarnya tahun2 lepas pon ada gak buat biskut raya tapi sebab balik beraya di Melaka, maka kemudahan di sana serba lengkap..tak perlu risau.. Tapi memandangkan ekonomi kami agak merosot tahun ini (sebab aku jadi student semula) maka tiada kuih raya yang ditempah melainkan buatan sendirian berhad sahaja :)

Memandangkan aku tak bekerja dan banyak masa.. banyak ke masa? maka boleh la merajinkan diri tuh ye.. Lagi pon nanti kalau-kalau kena posting jadi cikgu ERT, mudah la kiranya bagi aku nak menggayakan dapur ERT kat sekolah tuh nanti.. takde la kekok sangat ngan budak2 bab2 dapur ni.. iyekan aje la..




No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.