Kuih Talam Suji

tepung talam suji

Ramadhan terakhir nih terasa nak makan kuih talam suji buatan sendiri.. dan seperti biasa Google sahaja untuk mencari resipi.. betol tak?? Dah resipi kat myresipi.com dari Delila. Nampak macam mudah maka cuba la buat juga.. Sebenarnya tadi ke pasar Ramadhan, tak ada pula orang yang biasa aku beli kuih talam tuh.. so balik umah kacau-kacau skit.. jadilah.. sedap? nanti lepas berbuka baru boleh update ye :)
Jom intai resipi yang aku dah Google tadi..

Bahan-bahan ( Sekeluarga )

Resipi rujukan : Delila

  • BAHAN LAPIS BAWAH
  • 1 1/2 cawan tepung suji
  • 4 cawan santan pekat
  • 3/4 cawan gula pasir
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna kuning

  • BAHAN LAPIS ATAS
  • 4 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar gula
  • 1 cawan gula merah

Cara-cara

  1. Masuk kesemua bahan lapis bawah ke dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga pekat.Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.

  2.  Campurkan kesemua bahan lapis atas dan masakkan atas api kecil hingga pekat.Tuangkan lapisan atas ini di atas lapisan bawah yang telah dikukus tadi.Ratakan dan kukus semula selama 20 minit.Potong dan hidangkan.

p/s - sedap ta[i banyak sangatlah.. untuk kami yg bertiga je nih.. memang tak abis..  lain kali kalo nak buat kena buat separuh adunan aje :)

    No comments :

    Post a Comment

    Sponsered

    kunjungi kami di laman facebook!

    Reply via FB

    Author

    My photo

    Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.