Resipi Kek Batik :)

Selamat Hari Raya.. Masih dalam mood berhari raya..hehe

Hari itu masa adikku bertunang, kitorang adalah buat kek batik.. tapi sepotong pon x dapat nak merasa..habis licin.. Maybe sebab kami buat taklah banyak dan letak atas meja tetamu pulak.. confirm la abiskan :)

Jom intai resipi mudah nih.. itu yang tetiba nak rasa dan maka perlu la buat sekali lagi..

kek batik biskut marie

Resipi Kek Batik (biskut marie)
Sumber : Myresipi.com
Bahan-bahan ( loyang 7/8" )

* 1 bungkus (350g) biskut marie
* Setengah buku butter
* 2 biji telur (ku x guna telur)
* 1 cwn serbuk koko (ku guna 3 sb je)
* 1/2 cwn milo (2 cwn milo)
* 1 cwn air (ku x guna air)
* 3/4 cwn gula (ku x guna gula ganti dengan susu 1/2 tin)
* ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara

1. patah2kan biskut (ku patahkan 2 je)
2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang.

p/s - selamat mencuba :)

No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.