Jalan-jalan jamu mata @Uptown Bandar Perda

Auni @ Uptown Bandar Perda - cubaan cukai~
tudung impian tapi mahal lak - RM70 sebelum diskaun
Semalam dah jalan-jalan kat Uptown Bandar Perda ngan auni, suami, tok, wan, dan acik Eijat.. Tapi hari ini memandangkan Auni tak mahu lelap mata lagi.. Mama dia pon ringankan kaki la berjalan ke sana dengan Auni sahaja.. Niat dihati hanyalah nak cuci mata atau lebih tepat lagi window shopping sahaja :) Tapi Auni yang cuci mata lebih.. Buktinya, gambar kat atas tuh la.. kiri kanan tangan pegang mainan idaman, tapi sorry la, mama xda budget ok.. pegang boleh, nak bawak balik sorry..

Mama pon boleh jenguk2 je tudung2 di situ, bos tiada maka budget pon tiada :) Actually, Uptown Bandar Perda nih selalu je ramai orang berpusu-pusu. Rasa lemas gak kengkadang. Harga barang tidak la murah mana pon. Tapi disebabkan tempat nih tak jauh dari rumah aku, gagahkan diri gak melihat orang ramai berpusu-pusu shopping.. Semua kelengkapan raya dijual di sana seperti baju kurung ready made, jubah, baju melayu, songkot, butang baju melayu, lampu hiasan pon ada tau, karpet, tikar, handbag, kain batik dan kain pelikat pon ada, kalo terasa dahaga pon ada gerai bihun sup, laksa, yong tau fu dan nasi campur pon ada :)

Untuk sesiapa yang berhajat untuk ke sini, boleh la google map Uptown Bandar Perda kat sini.
Esok nak ke AEON Jusco Seberang Prai lak sempena Jusco Member Day.. Ehee.. nak beli stok Auni pampers, susu dan shopping untuk raya sekali.. Maybe kasut untuk abah dan mama? haha..

Kami tidak la menghias rumah sangat tahun ini kerana mesti sibuk nak pergi beraya rumah keluarga belah suami, keluarga belah aku lagi. Rumah kat Penang pon rumah sewa ja. Hias semampu mungkin je. Kami punya keluarga satu sebelah utara, satu lagi sebelah selatan. Cabaran sungguh. Nak balik mesti memerlukan masa yang banyak sebab perjalanan ja amik masa sehari :) Untuk yang faham keadaan kami mudah lah, tapi bagi yang tak faham.. Jenuh la..

p/s- korang yer kampung jauh tak suami isteri? balik kg mana tahun ni.. hehe




Boleh klik sini nak cari hiasan raya ke couple ke :)

No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.