Cornflakes Madu~

Akhirnya.. berjaya gak wat biskut raya yang paling mudah.. cornflakes madu.. hihi.. nampak macam mudah, tapi jadi sukar bila ada tukang tolong gak.. satu camca masuk cup, satu camca masuk mulut.. Alahai anakku.. Auni memang tak boleh dikawal..kalo mamanya buat kuih..alahai, dia pon nak tolong gak..tolong menyepahkan..

takpe la, ini la kata orang pengalaman. Aku biar je dia makan tapi x tahan bila dia makan gelojoh sampai nak telan je tanpa kunyah..pastu mula lah sakit rengkong..haha.. meh update gambar biskut yg dah siap.. resipi adalah rujukan dari blog masam manis :)

cornflakes madu ranggup :)
 
Biskut Cornflakes Madu

Bahan A
125 gm butter
1/2 cwn brown sugar
1 cawan madu

Bahan B
1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
1 cwn kismis
1 cwn badam cincang panggang/gajus

Hiasan
Mangkuk kertas kecil
Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil


Cara-cara:
  1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, tutup api dan masukkan bahan B, gaul rata.
  2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
  3. Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
  4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
p/s - selamat mencuba :)

No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.