Cheese tart shell siap~

Tara... Inilah hasilnya setelah bersusah payah menguli dan menekan doh ke acuan.. Kalau ikutkan hati.. baik beli je ready-made tart shell tetapi sampai bila nak beli? Manalah tahu anak-anak nanti pon suka makan cheese tart macam mama dia.. kan senang dah tahu buat.. Nampak macam senang tapi untuk si beginner macam aku nih, agak la susah..sebab nak agak2 doh yang perlu ditekankan ke dalam acuan tart itu.. nak layan si kecik Auni lagi..cabaran sungguh..tapi syukur, jadi jugak.. impian lama yang terpendam :)

 Alhamdulillah..cubaan pertama (7biji) tidak berapa nak jadi.. gambar tak sempat amik sebab agak buruk..dan lupa sebenarnya...gambar ni pon ihsan kamera hp suami..itu pun dia yang tolong amikkan..sebab hp aku tertinggal dalam kereta Wan..ok la, nak cerita sket nape yang tujuh biji tuh x jadi..

Sebenarnya bukan tidak jadi apa, cume dia xde ruang sangat untuk diisikan filling (cheese dan blueberry) nanti..sebab tu aku kata tidak berapa menjadi..kalau lihat pada gambar, memang dah elok je pada acuan tetapi apabila dah dibakar dia jadi pendek2..sebabnya, aku tak tekan kemas-kemas pada dinding acuan tart itu.. Selepas itu, aku pon tekan la semahunya.. dan yang pasti, sebelum bakar, doh mestilah agak nipis pada acuan sebab lepas bakar dia akan kembang :) Ini adalah hasil eksperimen aku tadi la.. kalau buat doh nipis, mesti dah siap bakar jadi elok.. tadi anggaran tart shell yang berjaya disiapkan lebih kurang 100 biji untuk 2 adunan..


Untuk dapatkan resipi boleh la rujuk di sini. Nanti aku post macam mana nak buat filling dia pulak yea :) Semua resipi adalah rujukan dari sini.
Info tambahan penyediaan tart shell :
  1. Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. 
  2. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. 
  3. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duit 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. 
  4. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. 
  5. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. 
  6. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
Dikesempatan ini jugak nak ucapkan terima kasih kepada Fauziah Mohamad dan epal coklat kerana sudi menjadi follower terbaru blog ini.. Sudi-sudilah jenguk blog ini selalu :)


No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.