Biskut Oreo Black Beauty

Gambar dari Masam Manis - Biskut Oreo Black Beauty


Hehe.. niat di hati sangatlah berkenan tengok gambar biskut ini.. walaupon kat rumah ni tiada penimbang, gagahkan diri gak cuba nak buat biskut raya.. Haha.. last2 dapat 1 title 'biskut yaya' Biskut nih sebenarnya biskut chipsmore tetapi mungkin disebabkan tiada penimbang maka adunannya terlebih gula.. sangat keras ok.. nanti nak upload gambar..

Owh berkaitan biskut daalm tajuk nih.. kalo tengok gambar kat Masam Manis, sangatlah cantik rupanya tapi bila aku dah cairkan white coklat tuh..x jadi pulak macam design dalam gambar.. alahai.. xpe la len kalo boleh cuba lagi.. :)

Jom intai resipi sebenar :)

BISKUT OREO BLACK BEAUTY
by: Citarasawan


Bahan A
280 gm mentega
200 gm gula castor

Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
30 gm tepung jagung
20 gm biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
1/2 sudu teh baking powder

Hiasan
Putih telur - ita tak letak
Biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
Coklat masakan putih cairkan
Croquant - ita (masam manis) tak letak

Pukul bahan A hingga kembang
Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.
Tekan atas tray hingga habis.
Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.
Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
Paip kan dengan coklat putih.

Cara ita (masam manis)
Doh yang telah siap ita gentel bulat2 bentukkan seperti guli angaran berat 6 - 8 gm.
Kemudian ita golek2kan atas oreo hancur tu.
Susun dalam paper cup dan bakar.
Selepas tu boleh lah melorek atasnya.


No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.