Apam Polkadot untuk adik..

Apam Polkadot

Penatnya berjalan masa raya.. ye la banyak rumah nak kena pergi dalam masa sehari sebab masa singkat sangat.. Rasanya raya tahun nih terkejar-kejar la jadinya.. aish, nasib baik sempat gak jenguk saudara mara terdekat dan bersama suami tercinta.. :)

Lebih mengharukan adalah.. hujung minggu nih adikku nak bertunang lak.. aduhai.. lagi kelam kabut.. nak kemas umah.. nak prepare barang dia bertunang.. nak masak?? owh kami gune khidmat katering aje tapi takut kalau2 makanan x cukup jadi kami spare spagetti daging :)

Antara menu untuk hantaran adalah apam polkadot.. maka nak try buat 1 adunan dulu baru nak tahu hasilnya :) jom lihat resipi..

Apam Polkadot

Sumber : My resipi.com (Mrs Fendy)

Bahan-bahan ( 15-20 biji )
3 biji telur sejuk-dr peti ais
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang..
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
  6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...
*Cara sendiri-pukul telur dulu, pastu masuk gula dan ovalette. Last tepung yang telah di ayak dengan baking powder...







No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.