Menu berbuka pose Hari ke-11

menu cubaan pertama : tepung pelita

Hari nih mood baik nak merasa makan tepung pelita.. Setelah bersusah payah smlm cr tepung beras.. kalo x buat mmg la kempunan.. Alhamdulillah.. rini kuatkn semangat cuba gak buat.. selagi x buat mana nak tahu hasilnya kan? 

Sebenarnya x susah pon, cuma nak kena masak 2 adunan je. 1 yg bahagian hijau, satu lagi yg bahagian putih. Boleh rujuk resipi ni.. ini adalah resipi kombinasi antara yg tertulis di blog masam manis dan my resipi.com. Resipi yg bahagian berwarna hijau ambil dr myresipi dan warna putih ambil dari masam manis, cuma ada tambahan sengkuang cina. Jom ngok resipi versi aku lak :
TEPUNG PELITA
By: Rina Mohd Dom, Kajang
Rujukan : Kak Jee

Lapisan Hijau
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4-5 biji sengkuang cina - diparut (boleh lebihkn jika suka)
 2 sudu besar perisa daun pandan
1/2 sudu kecil pewarna hijau
(kalo ikut dalam resipi kedua-dua blog, dorg guna daun pandan. Tapi kat sini daun pandan kena beli so guna je apa yg ada kat uma untuk memudahkan kerja. kalo kat uma ada daun pandan, elok guna je daun pandan. lagi sedap)

Larutkan bahan2 dan jerang atas api sederhana sehingga mendidih dan berkilat. 
Padam api dan curahkan dalam bekas. 
(kalo ada daun pisang sila guna daun pisang, lagi sedap kot. Macam kat uma ni ada bekas plastik aje. Guna je apa yg ada)

Lapisan Putih (Santan)

¾ cawan tepung beras
½ sudu besar tepung jagung ~ Kjee guna 1 sudu
7 cawan santan ~ Kjee campur 2 cawan air dan 5 cawan pati santan
½ sudu kecik garam

Larutkan bahan2 dan jerang atas api sederhana sehingga mendidih dan berkilat. 
Padam api dan curahkan atas lapisan hijau. 
Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam fridge.

p/s - Selamat mencuba pada yg minat kuih2 tradisional ni.. x susah pon. bahan pon x banyak guna. syukur, percubaan pertama berjaya. Kalo beginner (aku la tu) pon buat boleh jadi, u all pon mesti menjadi gak. Pasni x yah susah2 kalo ngidam boleh terus buat sendiri je kan :)

2 comments :

  1. roeya....wah, aku nak yg ko buat boleh tak?hehehe....nanti ada masa nak cuba wat gak la...tq roeya....(tipah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehee.. bleh je.. nnt aku wat time kat tg malim.. bleh la pick up pas raya.. hehe

      Delete

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.