Kandungan minggu ke-24


 
Alhamdulillah.. minggu ni dah masuk 24 minggu..
Rasa macam cepat je masa berlalu..
Next check up da 28 minggu.. Syukur juga tiada sebarang masalah setakat ini...

Cuma kali ni dapat stiker hijau sebab x pasti ngan tarikh period.. Almaklum la sebelum ni kami merancang sendiri-sendiri.. tup-tup rezeki Allah nak beri.. terima dengan hati terbuka J
Kalo hintung dari kiraan minggu ni.. aku ada masa lebih kurang 14-16 minggu lg nak bersalin kan.. yeay~

Jadinya.. aku dah mula cari-cari tips untuk mudahkan aku bersalin nanti.. Alkisahnya.. ini adalah anak kedua.. 

Walaupun ku rasakan kelahiran Auni tidak memberi masalah tapi saje aku harap kelahiran kali ini lebih baik.. Sebabnya.. ada je aku terbaca kat blog-blog mak-mak ni yg kelahiran pertama ok tapi kelahiran kedua kurang baik.. jadinya aku rasa perlu sangat la kan bersedia dr awal.. 
 
Antara tips2 yang telah aku google td adalah..
  1. Kalau nak cepat bersalin & tak lama menanggung kesakitan, setiap mlm sebelum tidur amalkan baca 3 qul, surah kursy n selawat sekurang2nya 3x kemudian sapu perut dari atas hingga bawah. 
  2. Jangan lupa makan sebelum pergi bersalin.
  3. Minum air kelapa dara dan juga makan telur ayam kampong
  4. Kalau dah nak sampai due ni rajin2 lah bersama dengan suami.. Insya Allah senang nak bersalin dan anak keluar kepala bulat je..
  5. Banyakkan membaca surah 'yasin & maryam' kalu boleh bln2 terakhir tu baca tiap2 mlm jgn miss...
  6. Minum air kelapa semasa pregnant memang dapat cantikkan kulit anak dan hitamkan rambut anak.
  7. Minum air milo dgn telur ayam kg utk cepatkan proses bsalin.
  8. Jangan byk tido/ malas = bykkan berjalan
  9. Jangan byk menjerit/mengerang dlm labour = tenaga byk habis.. kalu tenaga kurang...nak push bb pon lambat la..
  10. Belajar teknik mengawal pernafasan ketika sakit nak bersalin..
  11. Minum air/minyak selusuh.. Minyak kelapa (letak kat hujung lidah) start dr ngandung 5 bulan.. maybe minyak tu kan licin ciri2nya..so bb senang klu
  12. Setiap kali lepas semayang doa agar dipermudahkn bersalin.. selain rajin gak buat sembahyang hajat 
  13. Minta suami urutkan ubun2 rambut bagi mengurangkan rasa sakit bersalin & urut pingang belakang / gosok perlahan2
  14. Boleh amalkan :
  • Baca Surah Maryam apabila sudah disahkan mengandung.  
  • Makan kurma dan niatkan perkara yang baik2 untuk anak yang bakal dilahirkan.
  • Masa di dalam bilik bersalin (labour room) baca doa Nabi Yunus masa terperangkap dlm perut ikan nun (baca ulang2 kalo bleh sampai la bersalin)

“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87) 

  • Perbanyakkan berselawat, dan membaca surah Al-Fatihah. 
  • Tapi yang penting sekali kena minta maaf dengan suami, isteri kena jujur menceritakan kesalahan yang lalu, suami kena redha dan maafkan segala dosa-dosa yang dilakukan isteri. 
  • Suami perlu perbanyakkan solat dan suami boleh buat solat hajat di hospital.
  • Kita hanya berusaha Allah S.W.T yang menentukannya nanti.
Semoga segalanya akan dipermudahkan nanti.. InsyaAllah..

No comments :

Post a Comment

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.