Cheese tart shell

Sempena nak raya nih.. nak cuba 1 resipi dr masam manis. Hehe resipi apa tu? resipi cheese tart la. Blog masam manis ni mmg byk resipi masakan n mudah gak untuk beginner mcm ku nak cuba..

Bahan -bahan untuk shell tart
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart 
cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  5. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
  6. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  7. Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak. 
  8. Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal.
  9. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. 
  10. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese. 

     Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
ok.. nanti dah mula buat boleh letak gambar pula.. ini baru wish-list :) Kalo ngok pada bahan, x banyak sgt bahan dan x susah nak dptkn bahan, cuma tart shell xda lagi.. nak kena p carik.. jom esok p carik :)


2 comments :

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.