berbuka puasa hari ke-8



Alhamdulillah..rasanya pantas sungguh masa berlalu.. hari ni dah hari ke-8 kita berpuasa.. kira dah seminggu la kan.. Nak cerita berbuka puasa rini kami sekeluarga ngan keluarga Wan makan kat luar.. mula2 masa Wan cal ingatkan Wan nak p ajak makan kat mana la sampai kena wat reservation bagai.. rupa-rupanya, kawan Wan nak belanja kami berbuka puasa.. hehe.. rezeki jgn ditolak..

Dalam kepala semalam nak makan puding caramel.. tapi disebabkan Wan nak ajak buka pose kat luar.. macam nak tangguhkan je hasrat nak wat pudin karamel itu.. tapi mase ptg tu fikir2.. wat je la.. nanti mlm pon boleh makan gak.. hehe so p la angkut Auni ke kedai cari susu, telur, vanilla esen. Nape beli telur lagi..? sebab kalo telur kat kedai mmg dah suhu bilik..so blk uma bleh terus adun ja la.. sebenarnya google resipi nih.. ngok2 mudah la caranya, so x fikir lama la.. nak cuba la kan.. jom ngok resipi dia.. 

Resipi drp : Alia (my resipy.my)
Bahan-bahan ( saiz:16 cm )
  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
Cara-cara
  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais
 p/s - da makan.. dan sedap.. so selamat mencuba..


2 comments :

  1. Yeah..da follow akak..
    Mse study dlu ada gak housemate buat tp tau mkn je.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe try la sabar.. senang je.. yg penting jgn kacau sampai berbuih.. akak guna susu segar je sbb murah n mudah :)

      Delete

Sponsered

kunjungi kami di laman facebook!

Reply via FB

Author

My photo

Seorang isteri kepada Fazlie Ab Aziz. Ibu kepada tiga orang puteri. Bekerja makan gaji untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Mengalu-alukan pengedar baru. mengajak semua umat manusia mengamalkan sunnah. Jom jadikan sunnah satu amalan. Di dalam Sunnah ada kejayaan.